Pages

Main Menu

Thursday, November 01, 2012

Cinta 89


                                                 entah mna lagu asalnya nie
C G Am
Sayang dengarlah rintihan hatiku ini
F G
yang selalu berkata
C Am
ku sayang padamu
F G C
kan ku pendamkan didalam hati ini
C G Am
seandainya kita tak dapat bersama
F G
yakinkan selamanya
C Am
dan tak akan kembali
F G C
cintaku, cinta tak akan berubah
c/o
C
Aku rindu
G Am
Aku rindu kepadamu
G Am
bila kau jauh dariku
F G
aku rindu belaianmu
C
Aku teringat
G Am
kisah silam kau dan aku
G Am
bila ku renung wajahmu
F G
kau selalu dihatiku*
c/o1
C
mungkinkah sayang
G Am
kau tak akan kembali
F G C Am
ku akan kesepian, kesunyian tanpamu
c/o2
F G C
mungkin kerana kau jauh dariku**
c/o * (3x)
c/o1 **
c/o2 ** 

Monday, October 22, 2012

Love




Love doesn’t make the world go round. Love is what makes the ride worthwhile

Friday, October 12, 2012

LOLZ

'Pelempang' dan 'Penampar' adalah satu penawar yang mujarab untuk semua jenis penyakit terutama sekali penyakit MENYIBUK HAL ORANG :O

Wednesday, October 10, 2012

Surat Anak Yg Digugurkan dari Syurga

Apa khabar bonda hari ini? Semoga bonda sihat selalu...anakanda juga di sini sihat bonda... Allah sayang sangat sama anakanda. anakanda menulis surat ini untuk bonda, sebagai bukti cinta anakanda pada bonda....

Bonda, izinkan anakanda luahkan perasaan pada perempuan yang telah merelakan rahimnya untuk anakanda berada walaupun hanya sesaat...

Bonda, sebenarnya anakanda ingin lebih lama hidup di rahim bonda, ruang yang kata Allah paling kukuh dan paling selamat di dunia ini... tapi rupanya bonda tidak menginginkan kehadiran anakanda, jadi sebagai anak yang baik, anakanda pun rela menukarkan kehidupan anakanda demi kebahagiaan bonda. Walaupun dulu, waktu bonda menggugurkan anakanda, sakit SANGAT bonda....badan anakanda rasanya seperti disiat-siat... dan keluar sebagai gumpalan darah yang menjijikkan apalagi hati anakanda, ngeri, rasa seperti aib yang tidak dihargai dan tidak diinginkan.

Tapi anakanda tidak kecewa bonda... kerana dengan begitu, bonda telah menghantarkan anakanda untuk bertemu dan dijaga oleh Allah bahkan anakanda dirawat dengan penuh kasih sayang di dalam syurga Nya.

Bonda, anakanda mahu cerita, dulu anakanda pernah menangis dan bertanya kepada Allah, mengapa bonda menggugurkan anakanda saat anakanda masih belum sempurna dan membiarkan anakanda sendirian di sini? Apa bonda tidak sayang sama anakanda?

Bonda tidak ingin mencium anakanda? Atau jangan-jangan kerana nanti anakanda nakal dan suka membuat sembarangan? Lalu Allah beritahu, bonda kamu malu sayang... kenapa bonda malu? Kerana dia takut kamu dilahirkan sebagai anak haram...

anak haram itu apa ya Allah? Anak haram itu anak yang dilahirkan tanpa ayah... anakanda bingung dan bertanya lagi sama Allah, ya Allah, bukannya setiap anak itu pasti punya ayah dan ibu? Kecuali nabi Adam dan Isa? Allah yang Maha Tahu menjawab bahawa bonda dan ayah memproses anakanda bukan dalam ikatan pernikahan yang sah dan Allah Redhai. anakanda semakin bingung dan akhirnya anakanda putuskan untuk diam.

Bonda, anakanda malu terus-terusan bertanya kepada Allah, walaupun Dia selalu menjawab semua pertanyaan anakanda tapi anakanda mahu bertanya kepada bunda saja, pernikahan itu apa ? Kenapa bonda tidak menikah saja dengan ayah? Kenapa bonda membuat anakanda menjadi anak haram dan mengapa bonda mengusir anakanda dari rahim bonda dan tidak memberi kesempatan anakanda hidup di dunia dan berbakti kepada bonda? Maaf ya bonda,anakanda banyak bertanya... nanti saja bonda beritahu bila kita bertemu.

Oh ya Bunda, suatu hari malaikat pernah mengajak jalan-jalan anakanda ke tempat yang katanya bernama neraka. Tempat itu sangat menyeramkan dan sangat jauh berbeza dengan tempat tinggal anakanda di syurga. Di situ banyak orang yang dibakar api ..minumnya dengan nanah dan makannya buah-buahan jijik, banyak durinya...yang paling parah, ada perempuan yang ditusuk dan dibakar seperti sate, ngeri sungguh anakanda melihatnya.

Tiba-tiba malaikat bertanya anakanda, Nak, kalau bonda dan ayahmu tidak bertaubat kelak di situlah tempatnya...di situlah orang yang berzina akan tinggal dan disiksa selamanya. Seketika itu anakanda menangis dan berteriak-teriak memohon agar bonda dan ayah jangan dimasukkan ke situ.... anakanda sayang bonda... anakanda rindu dan ingin bertemu bunda... anakanda ingin merasakan lembutnya belaian tangan bonda dan anakanda ingin kita tinggal bersama di syurga... anakanda takut, bonda dan ayah kesakitan seperti orang-orang itu...

Lalu, dengan lembut malaikat berkata... nak,kata Allah kalau kamu sayang, mahu bertemu dan ingin ayah bundamu tinggal di syurga bersamamu, tulislah surat untuk mereka... sampaikan berita baik bahawa kamu tinggal di syurga dan ingin mereka ikut, ajaklah mereka bertaubat dan sampaikan juga khabar buruk, bahawa jika mereka tidak bertaubat mereka akan disiksa di neraka seperti orang-orang itu.

Saat mendengar itu, terus anakanda menulis surat ini untuk bunda, menurut anakanda, Allah itu baik bonda.... Allah akan memaafkan semua kesalahan makhluk Nya asal mereka mahu bertaubat nasuha... bunda taubat ya? Ajak ayah juga, nanti biar kita boleh berkumpul bersama di sini... nanti anakanda jemput bonda dan ayah di padang Mahsyar ... .anakanda janji mahu bawa minuman dan payung buat ayah dan bonda, soalnya kata Allah di sana panas sangat bonda... barisannya juga panjang, semua orang sejak zaman nabi Adam kumpul disitu... tapi bonda jangan khuatir, Allah janji, walaupun ramai kalau bonda dan ayah benar-benar bertaubat dan jadi orang yang baik, pasti anakanda boleh bertemu bonnda dan ayah.

Bonda, beri kesempatan untuk anakanda ya.... biar anakanda boleh merasakan nikmatnya bertemu dan berbakti kepada orang tua, anakanda juga mohon sama bonda...jangan sampai adik-adik anakandamengalami nasib yang sama dengan anakanda, biarlah anakanda saja yang merasakan sakitnya dipersia-siakan . Tolong ya bunda, kasih adik-adik kesempatan untuk hidup di dunia menemani dan merawat bunda saat bunda tua kelak.

sampai sini saja bonda... anakanda mahu main-main dulu di syurga.... anakanda tunggu kedatangan ayah dan bunda di sini... anakanda sayang sangat sama bonda....muuaahhh!

Wednesday, September 19, 2012

10 Cara Bila Bergaduh


Hai sume...today kiter tak sekolah and memandangkan majoriti pelajar zaman skang nie kan bercinta yelah zaman dah berubah tak macam dulu2..Best apa bercinta tapi kene pandai guna otak larh...klu kaple2 makin bodok tak payah lah..klu dri sendiri pun x leh jaga jgn cuba2 nak jaga anak orang lain..Keep In Mind.>_< Post kiter ary nie berkenan pasangan yg bergaduh and sume yg kiter senaraikan kat bwh nie bende yg kiter buat time gaduh..Tralala!!
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
 

Copyright

Copyright of DjMist Co-operate by Cerita Farjanah at http://akudankauadalahcinta.blogspot.com/

Nota Kaki

Blog ini adalah sebuah Blog pribadi. anda tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan dalam blog ini tanpa kebenaran dari pihak admin.sekian.