Baja kompos merupakan baja
yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara tidak langsung baja
kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran bahan-bahan
buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian
bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara
mudahnya baja kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling
kita.Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan malahan jika kena dengan
cara dan keadaannya ianya adalah percuma sahaja.Malahan sekarang permintaan
baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau
racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau haiwan.Terdapat
pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang paling
mudah di sini.
Antara bahan-bahan membuat baja kompos
Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayur-sayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)
Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.
Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau membuat sarang mereka di situ.
Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria
Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti
Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)
Kaedah Membuatnya:
Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buh-buahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan
Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan rumput atau pun daun-daun kering
mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi
Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik
Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak melibatkan kos yang tinggi
Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.

Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa
yang penting baja kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya
warga desa yang pastinya mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung
begitu sahaja seperti sisa rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen
membuat baja kompos yang dapat dijayakan oleh para pelajar sebagai satu
aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga dapat mengoptimumkan
penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja
P/s: Aku giler weh tinguk cacing tu..tapi aku dah bnyak kali buat
kompos kat skulah..best klu buat ramai2...
0 comments:
Post a Comment
Hello leave your comment ok..Luv you all..Dun forget to follow me so I can follow you back